Usahawan sensasi dan pempengaruh media sosia, Siti Jamumall mengakui mempunyai hasrat untuk berkahwin lagi meskipun pernah beberapa kali melalui fasa perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aiman Bahagi Nafkah Untuk Siti Jamumall & Ibu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Dah Penat Hidup Dengan Orang Yang Manipulatif, Narsistik’ – Siti Jamumall
‘Saya nak kahwin lagi’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (temubual bersama Astro Gempak), Siti atau nama penuhnya Siti Suriani Wahiddin, 26, menjelaskan bahawa buat masa ini dia belum bersedia membuka hati kepada mana-mana lelaki kerana masih berada dalam tempoh iddah.
Namun begitu, dia tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin lagi pada masa akan datang.
Saya tak nak buka hati saya dekat sesiapa sebab masih dalam iddah.
Tapi kalau saya dah bujang nanti, okay goodluck. Saya muda lagi kan, saya nak kahwin lagi.
Dalam pada itu, Siti mengakui bahawa perkahwinan sebenarnya mampu membawa kebahagiaan, namun mengakui kesilapan lalu mungkin berpunca daripada dirinya sendiri yang kurang menghargai nilai diri.
Berkahwin sebenarnya bahagia je, mungkin sebelum ni salah saya sebab tak hargai diri saya sendiri.
Saya selalu fikir bila dah sampai satu tahap, saya akan terima sahaja walaupun orang tu kahwin dengan saya hanya dengan senaskhah al-quran.
‘Benda yang senang dapat, senang juga buang’
Jelasnya lagi, disebabkan itu, ibu bapa sering kali meletakkan syarat yang ketat sebelum membenarkan anak-anak berkahwin kerana mahu memastikan anak perempuan mereka benar-benar dihargai.
Sebenarnya, ada orang yang tak menghargai benda percuma. Sebab itu wanita kena hargai diri sendiri sebab tu ibu bapa susah nak lepaskan anak berkahwin.
Mereka nak pastikan lelaki itu betul-betul hargai anak mereka. Kadang-kadang benda yang senang dapat, senang juga buang.
Terdahulu, perkahwinan Siti Jamumall dan Aiman atau nama lengkapnya Khairul Aiman Abdul Kudus menjadi perhatian selepas usahawan itu diceraikan di hadapan umum menerusi siaran langsung di TikTok.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan itu bercerai selepas pernah rujuk semula.
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 21 Julai ini bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai pasangan ini.
Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
Siti kemudian bernikah dengan Aiman dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.
Sumber: TikTok Siti Jamumall, Astro Gempak
The post [VIDEO] ‘Kalau Dah Bujang Nanti, Saya Nak Kahwin Lagi’ – Siti Jamumall first appeared on OHBULAN!.



#fyp #sitijamumall 

