
Pempengaruh media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas timbul dakwaan perceraiannya dengan bekas isteri, Fatin Morat berlaku disebabkan orang ketiga.
Artikel Berkaitan: Tular Video Terkini Fatin Morat, Netizen Luah Rasa Risau – ‘Muka Dia Macam Sedih Ja’
Bukan kerana orang ketiga

Menerusi Instagram (IG), Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa perceraiannya berlaku disebabkan oleh ketidaksefahaman dalam perkahwinan.
Memandangkan dah jadi makin merapu, saya ingin membuat penjelasan berkenaan isu yang sedang tular di Threads melibatkan diri saya.
Untuk makluman, tiada orang ketiga yang terlibat dalam perceraian saya bersama Fatin Morat.
Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Kami sah bercerai pada Januari 2025.
Sepanjang tempoh idah, saya dan Fatin menjaga batas dan saling menghormati perasaan masing-masing.
Menjawab mengenai dakwaan dirinya berlaku curang, pempengaruh berusia 36 tahun itu memaklumkan dirinya hanya mula berkenalan dan rapat dengan seorang wanita beberapa bulan selepas bercerai.
Berkaitan dengan Threads yang sedang tular itu, ingin saya jelaskan bahawa saya mula berhubung dengan individu berkenaan hanya bermula beberapa bulan selepas penceraian dan menjadi lebih rapat sejak Mei.
Henti sebar spekulasi
View this post on Instagram
Di akhir perkongsian, Chazynash memaklumkan dia dan Fatin masih menjaga hubungan baik selepas bercerai demi kebajikan anak-anak mereka.
Chazynash turut berharap orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tidak betul mengenainya di mana-mana platform media sosial.
Saya dan Fatin Morat sudah pun berbaik-baik demi keharmonian anak-anak, jadi janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih atas keprihatinan dan hormat anda.
Saya juga ingin menegaskan kepada semua pihak, termasuk akaun palsu, agar berhenti menyebarkan cerita tidak berasas itu.
Saya mohon agar semua pihak menghentikan penyebaran & menokok tambah cerita yang tidak benar itu
Sekiranya ada sebarang ketidakpuasan, kami terbuka untuk berbincang secara bersemuka. Saya mohon agar segala tohmahan dan spekulasi yang boleh mencemarkan nama baik kami dihentikan segera.
Terdahulu, tular beberapa ciapan di aplikasi Threads yang mendakwa Chazynash berlaku curang sehingga menyebabkan perceraiannya dengan Fatin.
Imbas kembali, Chazynash mengesahkan dia sudah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di IG.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Sumber: IG Chazynash
The post Chazynash Nafi Bercerai Kerana Orang Ketiga, Tuduhan Netizen Merapu first appeared on OHBULAN!.





