Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Abang Ipar Yang Sempurna, Sangat Lembut Dengan Keluarga & Anak-Anak’ – Shaheizy Sam
Artikel Berkaitan: Mengaku Ditahan Polis Di Kelab Malam Tapi Along Eyzendy Nafi Ambil Dadah
Meninggal dunia

Berita duka itu dimaklumkan oleh aktor, Fezrul Khan di Instagram (IG).
Salam takziah buat keluarga @alongeyzendy . Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Kepada abangku Along Eyzandy. Maafkan saya kalau saya ada salah dan silap selama ini dengan awak. Semoga tenang la awak di sana.
Pada Sabtu, isteri arwah iaitu Hamidah Mohd Yatim memberitahu, doktor telah menghubungi ahli terdekat bagi memaklumkan mesin yang dipasang pada badan suaminya telah dicabutkan.
Terdahulu, media melaporkan Along berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.
Sebelum ini, Hamidah Mohd Yatim memaklumkan suaminya dimasukkan ke wad pada Jumaat lalu kerana demam dan batuk berpanjangan.
Doktor juga mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.
Sumber: Instagram
The post Along Eyzendy Meninggal Dunia first appeared on OHBULAN!.





