Usahawan terkenal, Kak KM menegaskan dia tidak pernah mengambil peduli tentang kritikan atau komen negatif yang dilemparkan terhadapnya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Beli Rumah Untuk Anak-Anak, Harga RM1 Juta Setiap Seorang – ‘Jika Saya Tiada, Saya Tak Mahu Mereka Terbiar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Rumah Untuk Setiap Anak, Netizen Puji Pengorbanan Kak KM – ‘Suka Tengok Cara Dia Hargai Anak-Anak’
Tidak baca komen

Ketika ditemui , pemilik nama Liana Rosli itu berkata sikapnya yang tidak mengambil peduli tentang kritikan itu menjadi salah satu kunci kejayaannya hari ini.
Saya memang tidak pernah peduli apa yang orang nak kata tentang saya.
Kalau saya ambil peduli dengan apa yang dikatakan oleh orang, mungkin saya tidak akan sampai pada tahap ini.
Bagi saya, apa yang saya buat itu adalah cara saya dan marketing perniagaan.
Tetapi siapa yang beri komen, itu bukan urusan saya.
Kak KM berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tentang isu buli siber yang semakin berleluasa pada ketika ini.
Dalam pada itu, Kak KM berkata dia memilih untuk tidak mengendahkan komen-komen negatif kerana mahu menjaga kesihatan mentalnya.
Saya memang tidak ambil tahu dan peduli langsung sebab nak jaga mental.
Saya juga takut kalau saya baca saya akan cari orang itu.
Tetapi bila fikir semula kenapa saya nak bergaduh dengan orang yang kita tidak kenal.
Pembuli orang yang pengecut

Sementara itu, Kak KM turut menyifatkan pembuli adalah orang yang pengecut kerana bersembunyi di belakang akaun palsu.
Kalau betul-betul berani, pakai akaun sendiri tapi memang tidak akan buat la kan.
Jadilah manusia yang baik, kita hidup sekejap saja. Kita juga tidak tahu bagaimana kehidupan pada masa akan datang.
The post [VIDEO] Kak KM Tak Baca Komen Negatif, Sifatkan Pembuli Seorang Pengecut – ‘Kalau Ambil Peduli, Saya Tidak Sampai Ke Tahap Ni’ first appeared on OHBULAN!.





