Seorang individu berbangsa Cina tampil menjawab beberapa persoalan mengenai kos keseluruhan perkuburan Cina yang dianggap mahal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Michael Ang Tak Boleh Jejak Kaki Ke Tanah Perkuburan – ‘Kubur Cina Ke Islam, Kalau Pergi Mesti Akan Sakit’
Artikel Berkaitan: Viral Foto Suami Isteri Berbangsa Cina Bersih Kubur & Batu Nisan, Rupanya Ini Kisah Sebenar…
Mahal ke kubur cina?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Kionz menyenaraikan harga bagi beberapa peralatan yang digunakan bagi pemakaman cina.
Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, orang lain saya tak pasti.
Tapak perkuburan saja, harganya dalam RM30,000. Ini juga merupakan punca saya terpaksa keluarkan ayah saya daripada tapak tersebut sebab tidak dimiliki oleh kami.
Tapak perkuburan itu dimiliki oleh pihak tiri saya.
Untuk membina batu nisan dan batu di sekelilingnya sekitar RM50,000.
Masa ayah saya meninggal dalam 4 tahun lepas, upacara termasuk keranda semua dalam RM13,000.
Jumlah keseluruhan hampir RM100,000 termasuk tanah perkuburan, membina batu nisan dan sebagainya.
Sementara itu, Kionz memaklumkan kos pemindahan ayahnya berjumlah hampir RM17,000 akibat daripada tapak yang tidak dimiliki oleh keluarganya.
Untuk kerja menggali kubur saja paling murah saya dapat RM8,000. Harga untuk pembakaran semula adalah RM640.
Kemudian, membeli rumah baru untuk ayah saya bernilai RM5,500.
Jumlah keseluruhan untuk pindahkan ayah saya lebih kurang dalam RM16,000 ke RM17,000.
Sumber: TikTok @kionzchan
The post [VIDEO] ‘Jumlah Keseluruhan Hampir RM100,000’ – Individu Dedah Kos Perkuburan Cina first appeared on OHBULAN!.





