Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia berada di Pontian, Johor, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol, Bryan Domani & Angga Yunanda Dinobat Antara Lelaki Paling Kacak Di Dunia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semenjak Bersama Ameera, Saya Dah Tak Keluar Malam..Lebih Suka Duduk Rumah’ – Jefri Nichol
Kerja kilang kondom?

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Jefri mendedahkan kunjungannya ke daerah tersebut adalah untuk melawat sebuah kilang kondom.
Dalam perkongsian sama, aktor berusia 26 tahun itu turut berkongsi pengalaman mencuba sendiri tugas sebagai pekerja kilang berkenaan, termasuk menunjukkan proses pemeriksaan kondom sebelum dipasarkan.
Menurut Jefri, proses tersebut bukanlah semudah disangka kerana setiap unit perlu diperiksa dengan teliti bagi memastikan tiada kecacatan atau kerosakkan.
Susah betul nak periksa ada lubang atau tidak. Perlu periksa satu persatu. Setiap shift, seorang pekerja perlu periksa sekitar 12,000 kondom dan ada tiga shift sehari.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Jefri turut dilihat menyarung uniform pekerja kilang sehingga kelihatan seolah-olah benar-benar bekerja di situ.
Bagaimanapun, dipercayai kehadiran pelakon filem Jakarta vs Everybody itu ke kilang berkenaan hanyalah bagi tujuan promosi dan penghasilan konten, bukan sebagai pekerja tetap.
Sumber: Instagram
The post Jefri Nichol Kerja Kilang Kondom Di Johor? – ‘Susah Betul Nak Periksa Ada Lubang Atau Tidak’ first appeared on OHBULAN!.





