28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Johan Tegas Dengan Semua Anak – ‘Mak Kau Panggil Tak Menyahut…Memang Nak Kena’

    Shopee Sale

    Penyampai radio dan pelawak, Johan memilih untuk bersifat tegas dengan anak-anak agar mereka sentiasa menghormati isterinya iaitu Ozlynn.

    Artikel Berkaitan: Johan Hantar Sodiq & Haziq Masuk Rumah Anak Yatim, Mahu Didik Tentang Erti Syukur

    MENARIK:  #OBCallingFoodies: Lima Nasi Lemak Popular ‘Berkampung’ Di I Eat Nasi Lemak – ‘Meraikan Budaya Sarapan Pagi Malaysia’

    Artikel Berkaitan: Terpalit Gosip Murahan, Ozlynn Kesian Anak-Anak Kena Tempias – ‘Doa Orang Yang Dianiaya Atau Difitnah InsyaAllah Makbul’

    Ketegasan Johan

    " data-video-id="7612032697577278740" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @heyluvmichelle

    pendirian

    ♬ Relaxation in the Multiverse (Remix) – Saymon Cleiton

    Menerusi perkongsian di program Nona, Johan atau nama lengkapnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, sangat menitikberatkan nilai adab kepada anak-anaknya.

    Justeru itu, Johan mengajar anak-anaknya untuk mengutamakan Ozlyn yang telah banyak berkorban demi membesarkan mereka.

    Anak aku, aku panggil tak menyahut tak apa.

    Tapi kalau mak mereka panggil, tak menyahut..dari belakang aku sepak.

    Sembilan bulan dia gendong kau.

    Mak kau mintak tolong, kau tak datang..kau memang nak kena dengan aku.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan cara didikan Johan terhadap anak-anaknya yang sentiasa memuliakan ibu mereka.

    Dalam masa yang sama, warganet juga menyifatkan Johan sebagai contoh terbaik untuk kaum Adam yang bergelar suami dan juga bapa.

    Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga bersama Ozlynn pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Johan Tegas Dengan Semua Anak – ‘Mak Kau Panggil Tak Menyahut…Memang Nak Kena’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah