Pelakon kacak Jazmy Juma tampil menegur segelintir individu yang dianggap keterlaluan dalam berkata-kata di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Beri Bayangan Hanya Berkawan Dengan Scha Elinnea – ‘Kami Profesional Bila Bekerja’
Artikel Berkaitan: Harap Kekal Sebagai Rahsia! Scha Elinnea Enggan Jawab Status Hubungan Dengan Jazmy Juma
Mohon hormat privasi
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, memberi gambaran diganggu oleh segelintir individu sehingga menjejaskan kehidupan peribadinya.
Tambah Jazmy, dia berharap agar individu terbabit lebih menghormati kehidupan peribadi dan kariernya sebagai anak seni.
Saya tak okay.
Saya nak mintak segelintir orang tolong hormat saya.
Tolong hormat kehidupan peribadi saya.
Kerja saya dengan kehidupan peribadi adalah dua perkara yang berbeza. Jadi, tolong hormat.
Tolong jaga kata-kata anda semua. Saya tak pernah bercakap macam ini. Saya selalu gembira saja.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Hilang Dalam Rindu turut meluahkan rasa syukur kepada peminat yang menyokongnya secara ikhlas.
Tapi kali ini saya terpaksa bersuara. Saya harap sokong saya secara ikhlas.
Terima kasih yang sokong saya secara ikhlas dan jujur.
Sumber: TikTok @jazmyaddictindonesia
The post [VIDEO] Jazmy Juma Hilang Sabar, Mohon Hormati Kehidupan Peribadi – ‘Saya Terpaksa Bersuara’ first appeared on OHBULAN!.



Jangan sakitkan hati orang lain. Jangam cakap bukan bukan guys . doakan yang baik baik aja untuk mereka semua. Terimakasih semua yang udah support jazmy , support drama hdr . Thanks guys untuk dukungan ikhlas kalian semua
#jazmyjuma #berespect #salamdamai #hatersgonnahate #fypppppppppppppp 

