24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Janna Nick Terbeliak Biji Mata Dengar Peserta ICSYV Nyanyi – ‘Saya Sangat Terpegun Dengan Suara Dia!’

    Shopee Sale



    Program yang paling dinanti-nantikan setiap hujung minggu iaitu I Can See Your Voice Malaysia telah pun memasuki musim ke-7 pada tahun ini.

    Paling menarik, ianya bukan sahaja menghiburkan, malah program ini menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu.

    Juri terpegun

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Menerusi episod terbaharu yang berlangsung pada Ahad, seorang peserta bernama Hazrul Alif menyampaikan lagu berjudul Mungkin Saja bersama artis jemputan iaitu Janna Nick.

    Ketika membuka sahaja mulut dan mendendangkan lagu tersebut, Hazrul telah membuatkan para panel tergamam dengan kelunakan suaranya.

    Menurut Janna, dia sama sekali tidak menyangka peserta tersebut mempunyai intonasi suara yang sangat menarik.

    Saya sangat-sangat terpegun dengan suara dia, sangat sedap!

    Dalam pada itu, aktress Puteri Sarah yang bertindak sebagai panel jemputan berkata, personaliti Hazrul telah memberi keyakinan terhadapnya untuk meneka bahawa dia adalah penyanyi sebenar.

    Dia meyakinkan saya, saya rasa seperti boleh ‘connect’ dan ada telepati.

    Untuk info, sekiranya peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.

    MENARIK:  Pusat Berbau? Jangan Malu, Ini Langkah Penjagaan Yang Ramai Orang ‘Skip’

    Pada musim ini penonton akan dihiburkan lagi dengan gelagat barisan panel penyiasat tetap baharu yang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi hebat tanah air iaitu Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim.

    Anda sekeluarga juga boleh menjadi penyiasat! Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di TV3 dan penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di http://www.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah