31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pusat Berbau? Jangan Malu, Ini Langkah Penjagaan Yang Ramai Orang ‘Skip’

    Shopee Sale

    Pusat boleh menjadi tempat terkumpulnya kotoran, peluh serta mikroorganisma jika tidak dibersihkan, sekali gus boleh menyebabkan bau tidak menyenangkan dan masalah kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Miliki ‘Six-Pack’, Ini Kelebihan ‘Sit Up’ Untuk Postur Badan & Kekuatan Tulang Belakang

    Artikel Berkaitan: Punggung Kurang Menonjol? Ini Cara Paling Cepat Untuk Tampak Lebih ‘Mantap’

    Tempat terkumpulnya kotoran

    Penjagaan asas pusat boleh dilakukan dengan membersihkannya semasa mandi menggunakan air dan sabun antibakteria serta gosokan lembut bagi menghilangkan kotoran dan sel kulit mati yang boleh menyebabkan bau.

    Selepas dibersihkan, kawasan pusat perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang krim atau losen bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan kulat terhasil.

    Jika berlaku sebarang jangkitan, terutamanya yang berpunca daripada yis atau kulat, langkah utama ialah memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih dan kering.

    MENARIK:  Saal Haerid Dinobat Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024, Dapat Wang Tunai AS$10,000 & Percutian Ke Dubai

    Dalam keadaan tertentu, rawatan perubatan mungkin diperlukan, termasuk penggunaan ubat antibiotik atau antikulat sama ada secara sapuan atau pengambilan oral mengikut saranan doktor.

    Sementara itu, bagi individu yang mempunyai ketulan atau sista di sekitar bahagian pusat, rawatan sendiri tidak digalakkan.

    Oleh itu, menjalani pemeriksaan oleh doktor amat penting bagi menentukan rawatan yang sesuai, sama ada melibatkan prosedur suntikan atau pembedahan untuk membuang sista dengan selamat.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Pusat Berbau? Jangan Malu, Ini Langkah Penjagaan Yang Ramai Orang ‘Skip’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah