28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Janna Nick Nangis, Kecewa Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak – ‘Dah Setahun Kami Buat IVF, Tapi Gagal’

    Shopee Sale



    Pelakon dan pengacara Janna Nick meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tuduhan negatif yang ditinggalkan seorang individu terhadap suaminya, Dini Schatzmann.

    ‘Komen ini sangat kurang ajar’

    Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Janna akui tidak boleh terima dan menyifatkan komen yang menuduh Dini mempunyai hormon wanita lebih menjadi punca mereka tidak dikurniakan cahaya mata adalah sangat kurang ajar.

    Kami dah buat macam-macam yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya pun tak tahu nak jawab apa. Saya pun tanya kepada Allah bila saya boleh dapat anak.

    Dalam keadaan menangis, pemilik nama Nurul Jannah Muner memberitahu dia dan suami telah melakukan pelbagai rawatan dan ujian demi mendapatkan cahaya mata namun sehingga kini Allah masih belum mengurniakan rezeki zuriat kepada mereka.

    Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal. Saya dan Dini tahu keadaan kesihatan kami. Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja dan pemakanan.

    ‘Saya sangat terdesak nak anak’

    MENARIK:  [VIDEO] Fitnah Ibu Aliff Aziz, Wanita Tampil Mohon Maaf – ‘Benda Tu Bukan Original Daripada Saya, Peace No War’
    " data-video-id="7433652522151169281">
    @jannanickofficial stop asking/ assume / give negative comments. #ttc #ttcjourney ? original sound – jannanick95

    Pengacara program realiti Famili Duo ini juga meminta orang ramai agar berhenti bertanya kepadanya soal zuriat dan jangan lagi memberi komen negatif terhadap dirinya dan Dini.

    Orang beri saya petua suruh ibu mengandung pijak jari kaki, ya saya ada suruh Nabila Razali pijak jari kaki saya. Saya sangat terdesak nak anak.

    Nak dapatkan anak ni, adalah kerja Allah dan bukan kerja kita.

    Sementara itu, pasangan ini berterima kasih kepada semua individu yang memberi komen positif dan mendoakan agar mereka berdua dikurniakan zuriat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah