26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada Yang Disyukuri, Ada Yang Menjadi Pengajaran’ – Adira

    Shopee Sale



    adira

    Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja tamat tempoh edahnya selepas bercerai dengan bekas suami, Datuk Red pada 23 April lalu.

    Selesai edah

    " data-video-id="7391832816306228497" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @adirasuhaimi.ami

    Alhamdulillah #fyp

    ? original sound – Ms. Evangeline? – Ms. Evangeline?

    Pemilik nama Siti Adira Suhaimi dan Datuk Red sering mendapat perhatian warganet dengan setiap hantaran mereka dan sesi siaran langsung di media sosial.

    Terbaharu, ibu kepada empat orang anak tersebut memuat naik video dirinya yang sedang berada di hadapan cermin berserta petikan kata-kata ringkas (quote) di TikTok.

    Terima kasih Tuhan untuk semuanya dalam hidup saya ini.

    Ada baik, ada buruk. Ada yang disyukuri, ada yang menjadi pengajaran.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pelantun lagu Ombak Rindu itu tabah menghadapi ujian yang diberi dan memberi tumpuan kepada anak-anak.

    Adira wanita kuat. Apa-apa kesulitan mengadulah kepada Allah.

    Semoga yang baik-baik untuk Adira dan anak-anak.

    Moga terus kuat demi anak-anak.

    Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    MENARIK:  Tune Talk Epik+ 50 Kini Tawarkan E-Roaming Percuma Untuk Umrah & Haji

    Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah