Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya dirinya mengalami masalah kesihatan dan telah dikejarkan ke hospital.
Artikel Berkaitan: Dr. Rushdi Tak Mahu Cerai, Masih Sayangkan Nora Ariffin
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin
‘Tolong abaikan, saya baik-baik sahaja’

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafiza Wan Ariffin, 52, tampil menegaskan bahawa khabar angin tersebut adalah tidak benar serta menyeru agar semua pihak berhenti menyebarkan maklumat palsu berkaitan dirinya.
Tolong abaikan. Tolong hentikan. Alhamdulillah saya baik-baik sahaja.
Dalam hantaran di Instagram, penyanyi Nora turut berkongsi poster palsu memaparkan dirinya dan suami, Dr Rushdi Ramli, dengan dakwaan kononnya dia dimasukkan ke hospital.
Penyanyi lagu Hanyalah Satu itu turut meluahkan rasa kesal apabila mendapati banyak iklan palsu menggunakan wajah dan namanya di platform media sosial.
Dah banyak kali keluar gambar iklan ini, mengarut.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
The post Nora Ariffin Nafi Dakwaan Masuk Hospital – ‘Saya Baik-Baik Saja’ first appeared on OHBULAN!.





