25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trauma Ryan Bakery: Kalau Dia Bawa Lari Anak Kami Juga? Nak Ambil Pembantu Rumah

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery akui takut untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah bagi membantu menjaga cahaya mata sulungnya, Ryan Ezra.

    Artikel berkaitan: Ryan Bakery Pertama Kali Sambut Hari Raya Sebagai Bapa, Akui Susah Nak Cari Baju Sedondon Dengan Anak

    Artikel berkaitan: ‘Orang Perak Memang Macam Tu’ – Ryan Bakery Beri Penjelasan Didakwa Panggil Anak ‘Gila’

    Trauma dengan kes pembantu rumah

    Menurutnya, dia dan isteri, Elyia Ibrahim sangat trauma dengan berita yang melibatkan pembantu rumah melarikan diri dan kes lain yang menakutkan.

    Saya risau nak ambil pembantu rumah. Kena pula kalau saya dan isteri keluar bekerja, takkan nak tinggalkan pembantu dengan anak?

    Kan banyak kes pembantu rumah lari dari rumah. Kalau dia bawa lari anak kami sekali? Kerisauan dan takut tu memang ada.

    Kalau saya dan isteri keluar untuk bekerja atau hadir ke acara, kami minta tolong keluarga jaga seperti adik-beradik isteri yang pandai urus bayi.

    Sementara itu, Ryan juga risau untuk meninggalkan isteri dan anak sendirian di rumah sekiranya dia mempunyai urusan kerja yang memakan masa lama.

    Saya pernah kena keluar bekerja selama dua minggu jadi saya terpaksa hantar isteri balik ke kampung di Melaka.

    Saya tak berani nak tinggalkan isteri dan anak sendiri dekat rumah. Dia pun cepat panik kalau anak meraung. Dia duduk di sana dua minggu. Saya nak kerja pun mudah.

    Tapi yang jadi susah tu sebab terpaksa menanggung rindu dekat anak mampu tengok dari panggilan video saja.

    Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Ryan Ezra yang kini baru berusia 4 bulan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kita Cari Pelakon Yang Berkarisma, Tak Perlu Kacak Pun’ – Rosyam Nor

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah