Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan isterinya, Datin Seri Shahida seorang wanita yang sempurna.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terpaksa Curi Bank Statement Income Ejen & Duplicate Nama Syarikat Saya’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri
‘Isteri saya terlalu baik’
Menerusi potongan klip video dari podcast BuatSaja, Aliff memuji keperibadian isterinya yang dianggap sangat baik dan memahami.
Malah dia mengakui bahawa tidak mempunyai masalah jika isterinya memegang peranan untuk mengawal atau menguruskan hal ehwal kehidupan mereka sekeluarga.
Isteri saya terlalu baik. Saya boleh cakap isteri saya terlalu sempurna, terlalu baik.
Dia tiada kelemahan. Saya memang direla untuk dikontrol sebab saya tahu kelemahan saya.
Dalam pada itu, Aliff berpendapat seorang suami tidak sepatutnya terlalu ego sehingga menganggap diri sebagai ‘raja’ dalam segala hal.
Malah, jika memiliki isteri yang bijak dan penyayang maka tidak salah untuk memberi peluang kepada isteri untuk turut mencorak perjalanan hidup bersama.
Contoh saya letak duit cash RM5 juta, dia tak curi. Saya bagi mak duit, dia tak pernah tanya atau pertikaikan.
Fasa perkahwinan kami dah 20 tahun, dia adalah wanita sempurna untuk saya. Saya rasa tak akan jumpa perempuan macam dia.
Sumber: TikTok BuatSaja Podcast
The post [VIDEO] ‘Isteri Saya Terlalu Baik, Sempurna & Saya Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





