Pempengaruh media sosial, Shaf Naufas telah menghadiahkan semua barangan solek miliknya kepada para pengikutnya secara percuma.
Artikel Berkaitan: Solekan Umairah Jadi Bualan Netizen, Jurusolek Tampil Beri Penjelasan – ‘Dekat Skrin Besar Pencahayaan Sangat Terang’
Berhenti makeup

Menerusi hantaran di TikTok, Shaf menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana dia telah berhenti bersolek dan tidak lagi menggunakan sebarang alatan solek.
Alhamdulillah, selesai bagi barang makeup percuma kepada orang sebab saya dah tak makeup.
Dalam perkongsian sama, Shaf turut memuat naik rakaman video memaparkan dirinya bertemu para pengikut di sebuah lokasi bagi menyerahkan barangan solek tersebut.
Kelihatan ramai pengikutnya, terdiri daripada kaum wanita hadir dan beratur menunggu giliran untuk menerima pemberian itu.
Shaf turut memohon doa daripada orang ramai agar dirinya terus kuat serta istiqamah dalam mengekalkan iman sebagai seorang Muslim.
Doakan saya ya semua. Doakan murah rezeki pun alhamdulillah. Terima kasih juga kerana menyokong bisnes saya selama ini.
Membeli lip serum, minyak wangi dan barangan yang saya jual. Terima kasih sangat-sangat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan Shaf dan menyifatkannya sebagai satu langkah positif.
Ada juga yang berpendapat perbuatannya itu selari dengan ajaran Islam, khususnya berkaitan larangan kaum lelaki menggunakan alat solek secara berlebihan.
Video
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Influencer Berhenti Guna ‘Makeup’, Hadiahkan Semua Barang Solek Secara Percuma – ‘Doakan Saya’ first appeared on OHBULAN!.





