30 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Influencer’ Bengang, Dakwa Bibik Tak Ada Rasa Kesian Tengok Anak Dihempap Divan – ‘Saya Menangis & Hati Tak Tenang Sepanjang 4 Jam Atas Awan’

    Shopee Sale



    Seorang pempengaruh meluahkan rasa bengang apabila mendakwa pembantu rumahnya tidak menjalankan tugas dengan baik ketika berlaku kejadian yang tidak diingini menimpa anaknya.

    ‘Menjerit dalam flight

    Menerusi muat naik di platform X, pempengaruh bernama Mia Azahar berkongsi satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan anaknya terjatuh kerana dihempap tilam.

    Wanita itu turut mendakwa ketika kejadian berlaku pembantu rumah yang digelar bibik itu tidak menunjukkan reaksi terkejut dan hanya mengangkat anaknya menggunakan sebelah tangan.

    Disebabkan inilah kalau ada bibik dekat rumah jaga anak, kena letak CCTV.

    Saya berada di China untuk trip perniagaan ketika perkara ini berlaku. Beberapa minit sebelum pulang ke Malaysia saya menjerit selepas melihat klip itu.

    Saya menangis dan hati tidak tenang sepanjang empat jam atas awan.

    Dakwanya, bibik itu tidak mengusap kepala anaknya selepas dia terhantuk ke lantai.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Penampilan Baru Ina Naim, Siap Pakai ‘Makeup’ Lagi! – ‘Cantik, Kemas..Pandai Suami Jaga’

    Dalam pada itu, Mia menjelaskan anaknya berada dalam keadaan baik selepas dibawa berjumpa dengan doktor.

    Bagaimanapun perkongsian Mia mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

    Segelintir mereka menyatakan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan bibik tersebut telah melakukan tugasnya dengan mengangkat kanak-kanak itu.

    Komen warganet

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah