
Pelakon dan pengacara, Imran Aqil berkongsi pengalaman berdepan dengan individu yang kurang ajar semasa menonton tayangan filem Blood Brothers: Bara Naga.
Common sense
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin meluahkan rasa berang apabila teguran yang dibuat untuk individu terbabit dibalas dengan sindiran.
Tegas Imran, ‘common sense’ sangat penting diamalkan dalam diri terutama apabila berada di tempat awam.
Aku rasa kita ini kurang common sense sebab ada benda terjadi dekat diri aku semalam.
Aku bawak keluarga mentua tengok Blood Brothers dekat wayang.
Tempat duduk belakang aku ada sekumpulan lelaki.
Aku ambil inisiatif untuk tegur individu itu. Aku tak kisah bising, tapi dia dah mengganggu.
Bila tegur, cara dia jawab macam memerli.
Tambah Imran, individu itu juga bergurau secara melucah pada satu babak yang ditayangkan sehingga membuatkan keluarga mentuanya kurang selesa.
Jaga adab

Difahamkan, individu terbabit berjumpa dengan bekas peserta program Hero Remaja itu setelah tayangan tamat dan menyuruhnya untuk duduk di perpustakaan jika mahukan persekitaran yang tidak bising.
Aku keluar slow-slow sebab malas nak terserempak dengan individu itu.
Dia mungkin segan sebab aku tegur dia depan kawan-kawan.
Rupanya, individu itu juga datang ke arah aku.
Dia suruh aku pergi perpustakaan kalau nak keadaan senyap.
Bagaimanapun, Imran memaklumkan bahawa dua orang daripada sekumpulan lelaki itu memohon maaf bagi pihak individu tersebut.
Pada akhir perkongsian, Imran menitip pesanan agar menerapkan adab di tempat awam agar tidak menganggu ketenteraman orang lain.





