27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ibu Tak Lokek Hadiahkan Emas & Tudung Berjenama Mewah Sempena Hari Guru

    Shopee Sale



    Tindakan usahawan Afza Liza Hazizan yang menghadiahkan barangan mewah untuk guru anak-anaknya telah menyorot perhatian warganet.

    Hargai guru

    " data-video-id="7504691303653985554" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @afzalizahazizan

    Bila anak-anak bagitau , ibu “hari guru nak bagi apa ? So, i prepare for them ? Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru ??

    ? Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

     

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Afza sedang menyusun beg hadiah yang berisi barang kemas Habib Jewels serta tudung daripada jenama Bawal Exclusive.

    Bila anak-anak beritahu hari guru nak bagi hadiah apa, jadi saya sediakan ini untuk mereka.

    Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi selepas melihat hadiah mewah yang diberikan antaranya, mereka menyifatkan Afza sebagai seorang individu yang tidak kedekut untuk berkongsi rezeki.

    Bagus awak, wakilkan ibu bapa yang tidak mampu. Saya suka tengok, tak lokek bagi hadiah untuk guru mereka.

    Ini sangat memberi inspirasi, berkongsi rezeki dengan guru-guru hasil penat lelah berniaga selama ini.

    Kalau saya kaya, saya akan buat benda yang sama.

    Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dan mendakwa ia boleh mengguris perasaan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

    Mungkin niatnya baik, tapi tanpa sedar cara penyampaian awak ini boleh buatkan ramai ibu bapa yang tak mampu terasa.

    Tak semua beruntung macam ini, kesian ibu bapa yang tak dapat tunaikan permintaan anak untuk bagi pada cikgu.

    Saya harap cikgu-cikgu tak pilih kasih dengan anak-anak yang berstatus biasa sahaja.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Sebak Teman Anak Ambil Keputusan SPM – ‘Anak Mama Pandai’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah