25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Usia Ubah Perspektif Shaheizy Sam, Dulu Kejar Lamborghini, Rumah Banglo… Kini Pilih Rasa Cukup & Tenang

    Shopee Sale

    Semakin meningkat usia, pelakon Shaheizy Sam mengakui pandangannya terhadap kehidupan turut berubah apabila perkara yang pernah menjadi impian suatu ketika dahulu kini bukan lagi keutamaan.

    Jika dahulu dia pernah memasang impian untuk memiliki kereta mewah seperti Lamborghini serta kediaman banglo, Sam berkata keinginannya sekarang jauh lebih sederhana.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: RM1 Juta Pun Belum Tentu Kaya? Shaheizy Sam Kongsi Pandangan Mengapa Manusia Tak Pernah Rasa Cukup

    Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Bila Sebuah Watak Mengajar Erti Hidup, Shaheizy Sam Temui Makna Menghargai Menerusi Filem Badak

    Dah Ingat Jalan ‘Balik’

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA, pelakon filem Chelot berkongsi kematangan dan pengalaman hidup membuatkan dirinya kini lebih menghargai ketenangan serta rasa cukup.

    Bila dah berumur ni rasa lebih tenang. Mungkin ilmu dah bertambah sedikit, dah ingat jalan ‘balik’ kita.

    Dulu teringin nak ada kereta Lamborghini, rumah banglo, tapi sekarang tak ada dah.

    Pada saya bukan kaya raya, tapi rasa cukup dan tenang.

    View this post on Instagram

    A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

    Menurut Sam, perkongsian tersebut bukan bermaksud kehidupannya kini sempurna, sebaliknya dia semakin belajar untuk mensyukuri setiap rezeki dan perjalanan yang ditentukan buat dirinya.

    Saya bercakap ini bukan nak beritahu kehidupan saya sempurna, tiada yang sempurna. Tetapi apa yang Allah beri pada saya selama ini buat saya rasa sangat bersyukur. Itu saja.

    Mana Allah nak bagi, nak bawa jalan kehidupan itu, saya ikut saja.

    The post POV XTRA: Usia Ubah Perspektif Shaheizy Sam, Dulu Kejar Lamborghini, Rumah Banglo… Kini Pilih Rasa Cukup & Tenang first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Jangan Menghina dan Berdoa dengan Buruk, Jangan Menghalang Rezeki Orang Lain - Razman Razmi



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah