Penyanyi Zaki Yamani tampil memberi respons selepas segelintir netizen menyifatkannya sebagai lelaki ‘green flag’.
Zaki Yamani lelaki ‘green flag’

Ketika ditemui , Zaki bagaimanapun menganggap dirinya tidak layak menerima gelaran tersebut.
Sebaliknya mengakui dia masih memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya rasa saya white flag kot. Saya surrender terus. Tak tahulah orang nak label saya apa.
Saya bukanlah baik. Saya mencuba jadi orang yang terbaik setiap hari.
Ketika diberitahu ada segelintir wanita yang melihatnya sebagai gambaran lelaki idaman, Zaki hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Oh tidak. Saya muda lagi kot. Saya cuma harap mereka doakan saya.
Doakan saya supaya saya terus berjaya, istiqamah, jadi baik setiap hari. Improve diri itu saja yang saya nak.
Macam itulah. Saya tak adalah baik sangat.
Dalam perkembangan lain, Zaki telah membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya apabila secara rasmi menyertai Sony Music Malaysia.
Kerjasama tersebut dimeterai menerusi sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 September lalu dan turut disaksikan Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura, Vietnam & Projek Khas Asia Tenggara, Kenny Ong.
The post Zaki Yamani Respons Digelar Lelaki ‘Green Flag’ – ‘Saya Bukanlah Baik Tapi Cuba Jadi Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.





