28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Abby Abadi Jawab Konflik Bersama Anak – ‘Sudah Habis Kata-Kata..Saya Tak Berharap Mereka Datang’

    Shopee Sale

    Pelakon Abby Abadi, memberikan respon berhubung kemelut bersama anak-anaknya sehingga kembali menjadi bualan hangat di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Kahwin 10 Kali Sekalipun, Nafkah Anak Tetap Tanggungjawab Norman’ – Abby Abadi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’

    Respon Abby

    Ketika ditemui Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, mengakui berlaku konflik di antara dirinya dengan anak-anak.

    Abby mendakwa keadaan menjadi lebih sukar apabila anak-anaknya mempunyai dua pihak untuk dirujuk iaitu dirinya dan bekas suami, Norman Hakim. 

    Selain itu, Abby berkata, anak-anak yang sudah membesar juga lebih bebas membuat keputusan mereka sendiri.

    Adalah beberapa benda yang saya tak sokong, yang saya marah. Adalah benda-benda tu. 

    Antara kesilapan saya apabila mereka ada dua ‘channel’. Jadi bila sudah besar, mereka lagi senang, suka hati sahaja buat sendiri.

    Jadi saya pun tak boleh nak marah. Mereka dah ada kaki bukan? Dah boleh bergerak. Tak boleh kita nak suruh jangan. Bukan budak kecil. 

    Abby berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Elegant Selamanya yang berlangsung di Ampang, pada Khamis.

    Tambah Abby, apabila berlaku pertelingkahan antara dirinya dan anak-anak, mereka akan memilih untuk bersama bekas suami.

    Saya rasa tak seronok bila saya marah hal-hal dekat rumah, mereka telefon bapa mereka. 

    Bapa mereka pun kadang-kadang tak tanya dekat saya, dia terus ambil je anak tu. 

    Saya rasa benda tu satu kesilapan sebab kita tak boleh nak bentuk anak tu supaya disiplin. 

    Saya rasa orang lain yang dekat luar sana ambil pengajaranlah. 

    Sebab untuk mendisiplinkan anak tu sebenarnya kena kena tegas. Tak ada berlaku kekerasan atau benda-benda lain, tapi sebab ada dua ‘channel’.

    Semasa diminta untuk memberikan pesanan buat anak-anak, pelakon yang terkenal dengan drama siri kepolisian Gerak Khas itu memaklumkan, dia tidak lagi mahu mengharapkan apa-apa daripada mereka.

    Tak tahulah. Saya saya dah habis kata-kata dah sebenarnya, kerana saya tak harap mereka datang pun. Tak apalah

    Saya sudah terbiasa dengan keadaan-keadaan macam tu. Jadi saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa macam saya dah tak nak terlalu beria. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada, macam tu.

    Kemelut keluarga Abby dan Norman kembali menjadi bualan warganet apabila baru-baru ini aktres itu menitip ucapan selamat ulang tahun ‘menghiris hati’ buat anaknya, Maria Danisha Hakim yang ke-18.

    MENARIK:  ‘Kasihan Fara Kena Bawa Tiger Ke Mana-Mana Dalam Keadaan Sarat’

    Menerusi perkongsian tersebut, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.

    The post [VIDEO] Abby Abadi Jawab Konflik Bersama Anak – ‘Sudah Habis Kata-Kata..Saya Tak Berharap Mereka Datang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah