25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Hukum Tindik Hidung Adalah Haram, Walaupun Suami & Mak Ayah Reda’ – PU Syed Tegur Sharifah Aleya

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya susulan tindakannya menindik hidung.

    Hukum tindik hidung

     

    View this post on Instagram

    A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

    Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan tentang hukum menindik hidung.

    Hukum ini boleh kita cari di Google, bukanlah sekadar suami, atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya.

    Perbuatan menindik hidung itu adalah haram, sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain.

    Bahkan ada fatwa daripada jabatan mufti yang menghukumkan perbuatan menindik hidung adalah haram.

    Larangan Islam

    Dalam masa yang sama, PU Syed turut menasihati supaya pelakon tersebut mengutamakan larangan Islam meskipun perbuatannya mendapat keredaan suami dan ibu bapanya.

    Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, jadi cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula nak tindik kening atau lidah.

    Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tapi pandangan Islam itu sendiri haram, maka jangan buat walaupun suami kita dan mak ayah reda.

    Maka kita letakkan larangan Islam itu sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan.

    Terdahulu, dalam sebuah program bual bicara Aleya berkata, subang hidung yang dipakai hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Abang Syed Saddiq ‘Restu’ Hubungan Dengan Bella Astillah – ‘Saya Kenal Adik Saya, Jarang Nampak Dia Gembira Macam Ni’

    Aleya turut berkongsi bahawa dia pernah menyimpan keinginan untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah. Namun, dia melupakan keinginan tersebut selepas menyedari kesan serta pantang larang yang perlu ditanggung, termasuk memerlukan penjagaan rapi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah