28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shahida Tanya Sesuai Tak Hamil Lagi Pada Usia 40-an, Aliff Syukri Respon – ‘Sudah Ikat, Tak Boleh Beranak Lagi’ 

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak memberi kebenaran untuknya menambah anak.

    Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Ammar Tak Trauma, Cukup Makan, & Sihat Tubuh Badan’ – Shahida

    Artikel Berkaitan: Shahida Bangga Ammar Ahyan Menyanyi Depan Orang Ramai – ‘Yang Penting Yakin, Suara Nombor Dua’

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi hasratnya yang seakan mahu menimang cahaya mata lagi.

    Namun selepas berbincang, Aliff seakan memberi bayangan bahawa hasrat itu tidak dapat direalisasikan.

    Baru lepas bincang, suami kata dia sudah ikat jadi sudah tidak boleh beranak lagi.

    Sebelum ini, Shahida berkongsi hantaran bertanyakan pendapat orang ramai sama ada wajar baginya hamil pada usia yang sudah mencecah 40-an.

    MENARIK:  Warga Emas 72 Tahun C*bul 5 Kanak-Kanak Di Masjid, Konon Tunjuk Kasih Sayang Terhadap Cucu

    Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya gembira berkongsi pandangan mereka.

    Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Ogos 2007.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al‑Hakim.

    Sumber: Threads

    The post Shahida Tanya Sesuai Tak Hamil Lagi Pada Usia 40-an, Aliff Syukri Respon – ‘Sudah Ikat, Tak Boleh Beranak Lagi’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah