29 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Harris Annuar Dedah Jerih Perih Kak Ton Cipta Nama – ‘Mummy Jual Jamu Dari Flat, Pernah Setahun Tak Ada Jualan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara popular, Harris Annuar, berkongsi kisah perjalanan hidup dan kejayaan luar biasa ibunya, usahawan terkenal, Kak Ton.

    Artikel Berkaitan: Harris Annuar Kongsi Keadaan Terkini Kak Ton, Dedah Terkena Tempias Sihir Ibu – ‘Saya Pernah Nampak Pocong’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harris Annuar Rasa Solat Tak Sempurna, Dapat Petunjuk Ketika Umrah – ‘Saya Beri Salam & Toleh Pak Cik Tu Hilang’

    ‘Kejayaan keluarga atas sebab mak saya’

    Menerusi temu bual di Podcast Sembang Seram, pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar memaklumkan bahawa ibunya merupakan individu yang menjadi tunjang utama kepada kejayaan keluarga mereka hari ini.

    Kejayaan keluarga saya boleh kata semuanya atas sebab mak saya.

    Harris mengimbau kembali detik awal ibunya memulakan perniagaan dari rumah sewaktu mereka tinggal di rumah flat.

    Masa kami tinggal di flat dulu, mummy ada satu peti hitam yang dia simpan barang-barang jualan dekat jiran. Setiap pagi mesti ada jiran yang datang rumah nak beli jamu.

    Kalau nak kata, kehidupan Kak Ton ni dia mula menjual di kawasan rumah flat kami. Mak saya berniaga daripada peti hitam sebelum kawan mak saya ajak dia buat bisnes nak kembangkan lagi perniagaan.

    Kisah Kak Ton bermula dengan usaha kecil-kecilan di kawasan perumahan, sebelum melangkah ke dunia kosmetik selepas diajak oleh seorang kenalan untuk kembangkan perniagaan bersama. Namun, perjalanan itu tidak semudah yang disangka.

    Menurut Harris, keluarganya pernah melalui tempoh sukar dan berdepan gangguan misteri yang menjejaskan kelangsungan perniagaan.

    Buka kedai tapi macam-macam berlaku. Keluarga saya ni banyak sihir yang datang termasuk dari keturunan sendiri dan orang-orang luar yang kita sendiri tak tahu siapa.

    Masa buat bisnes tu, ada satu masa berjalan dengan baik je tetapi ada masa terus ‘hilang’, tak ada jualan selama setahun dua. Kemudian ada orang telefon mak saya tanya kenapa kedai tak buka, tapi  masa tu kedai memang buka.

    Rupanya ada orang tanam sesuatu di belakang kedai mak saya. Memang banyak kerugian, sampai kami sekeluarga tak tahu nak buat apa. Nak kata kami ni susah, tidak lah juga tapi kehidupan kami sederhana.

    Beli slot iklan di TV

    Buntu dengan ujian dan dugaan perniagaan, sebagai langkah terakhir, Kak Ton membuat keputusan menggunakan wang simpanannya untuk menunaikan umrah.

    Sampai lah satu hari mak saya ada simpanna duit atau emas, saya pun tak pasti. Itu pilihan terakhir yang dia ada. 

    Dia guna duit tersebut untuk pergi umrah, dia berdoa tentang rezeki. 

    Sekembalinya dari Tanah Suci, Kak Ton menggunakan lebihan wang yang ada untuk membeli slot iklan di televisyen.

    Balik dari umrah tu, dengan lebihan duit yang dia ada lebih kurang 10 hingga 12k termasuk duit yang kakak saya bagi, dia gunakan untuk masuk televisyen. 

    Bila masuk slot RTM, selama 10minit tu dia menjual je. Lepas je habis slot, jualan dia 30,000 unit terjual.

    Kejayaan tersebut menjadi titik tolak kepada transformasi perniagaan Kak Ton, sekaligus menjadikan dia antara wajah paling dikenali dalam industri kesihatan dan kecantikan tempatan.

    MENARIK:  Puteri Sarah Menegur Orang Yang Keluarkan Kenyataan Boleh Undang Fitnah

    Susulan daripada perkongsiannya itu, Harris menitipkan pesanan kepada para peniaga dan mereka yang sedang berjuang menghadapi tekanan kewangan.

    Percayalah rezeki akan sampai tepat pada masanya dalam keadaan yang betul dan disaat yang betul.

    Jangan ambil remeh terhadap perempuan yang betul-betul berusaha, sebab mereka bila dah nekad mesti akan jadi.

    Video

    " data-video-id="7533090516318162192" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    Hebat sungguh Kak Ton. Penangan “Comel tak Kak Ton?” 🔥 #harrisannuar #kakton #sembangseram #podcast #seram #safwannazri

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Sumber: TikTok Sembang Seram

    The post [VIDEO] Harris Annuar Dedah Jerih Perih Kak Ton Cipta Nama – ‘Mummy Jual Jamu Dari Flat, Pernah Setahun Tak Ada Jualan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah