Sebanyak 59.03 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan, setakat empat petang.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 72.1 peratus, diikuti DUN Seri Menanti dan Labu dengan masing-masing 70.9 peratus.
DUN Lobak merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 59 peratus.
Dalam PRN lalu, seramai 48.82 peratus atau 409,198 daripada 838,200 orang keluar mengundi.
Peti undi akan ditutup pada jam enam petang.





