27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Haniff Hamzah Syukur Tak Alami ‘Sleep Apnea’, Berdengkur Kuat Sebab Tidak Cukup Tidur

    Shopee Sale



    Penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah meluahkan rasa syukur dan lega apabila disahkan tidak mengalami ‘sleep apnea’ (apnea tidur) selepas mendapatkan rawatan mengenai isu dengkur yang dihadapinya.

    Syukur tak alami ‘sleep apnea’

    " data-video-id="7502407065269275911">
    @haniffhamzah Kepada gang2 berdengkur, jangan lupa pergi check up dekat hospital! #SleepApnea #CheckUp #Education #Awareness #Health ? Anxiety – Doechii

    Menerusi perkongsian di TikTok, Haniff memaklumkan, hasil ujian yang dilakukan di sebuah hospital mendapati dengkuran yang berlaku berpunca daripada dirinya yang tidak mendapatkan tidur yang cukup.

    Doktor minta aku buat pemeriksaan tidur selama lapan jam di hospital.

    Dia wayarkan aku untuk periksa pergerakan otak, jantung dan semualah yang berkaitan.

    Bila keputusan dah keluar, aku berdebar. Adakah aku alami ‘sleep apnea’ sampai nak kena tidur pakai mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure)?

    Alhamdulillah, tak perlu sebab aku okay. Aku hanya alami ‘sleep apnea’ yang minimum dan tak perlu sampai buat pembedahan.

    Doktor kata aku berdengkur macam itu sebab kurang tidur dan waktu ujian selama lapan jam itu pun aku tetap berdengkur.

    Bercerita mengenai cara untuk mengatasi masalah itu, doktor menasihati Haniff untuk mendapatkan tidur yang cukup di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

    Doktor kata aku kena amalkan ‘sleep hygien’ (kebersihan tidur) yang mana aku pun baru tahu fasal terma ini.

    Maksudnya, bila aku tengah berjaga ini, aku kena amalkan gaya hidup sihat supaya aku dapat tidur yang cukup di malam hari.

    Video

    MENARIK:  Filem Abu Si Raksasa Kini Di Pawagam, Siap Selepas 2 Tahun Dengan Kos RM2 Juta
    " data-video-id="7506091152945286407">
    @haniffhamzah Replying to @Nayla My sleep test results are out! Any specialist or anyone yang pernah mengalami sleep apnea, korang boleh sharekan pengalaman atau infos tentang Sleep Apnea di ruangan comment ? @Dr. Julius Goh Liang Chye #SleepApnea #SleepTest #Result #HealthInfo ? original sound – Haniff Hamzah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah