27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Guru Kata Dia Mahu Beli Tudung Untuk Ibu’ – Nikita Willy Sebak Dengar Permintaan Issa, Anak Jadi Asbab Penghijrahan 

    Shopee Sale

    Selebriti terkenal Indonesia Nikita Willy berkongsi detik awal ketika hatinya terbuka untuk mengenakan hijab.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nikita Willy Tak Pandai Menyapu, Dari Kecil Dah Sibuk Cari Duit..Tak Sempat Buat Kerja Rumah

    MENARIK:  Sarah Yasmine Suka Tinggal Di Malaysia Berbanding Singapura, Puji Banyak Lokasi Menarik & Pelbagai Makanan Enak

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Bankrap, Ibu Sanggup Gadai Cincin Beli Ayam Goreng Untuk Nikita Willy

    Hati Nikita terbuka

    " data-video-id="7636939763026644245" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @niki.indra

    MasyaAllah

    ♬ suara asli – niki.indra – niki.indra

    Menerusi sebuah perkongsian, suami kepada Nikita iaitu Indra Priawan berkata, dia tidak pernah memaksa isterinya untuk memakai tudung.

    Saya sama sekali tidak ada paksaan.

    Bukanlah permintaan tetapi saya hanya bertanya padanya, ‘awak bila mahu berhijab?’

    Menurut Nikita, dia mengambil masa untuk mula menutup aurat dan salah satu sebab dia membuat keputusan memakai hijab adalah kerana anak-anaknya.

    Dia tidak pernah menyuruh atau bertanya secara specific tentang hijab, cuma dia pernah berkata kalau boleh pakailah sebelum usia 40 tahun.

    Proses untuk jadi seperti ini sebenarnya panjang tapi salah satu alasannya adalah saya ingin berusaha menjadi contoh yang baik untuk anak-anak saya.

    Bercerita lanjut, Nikita turut berkongsi sebuah kisah menyentuh hati tentang anak sulungnya, Issa Xander Djokosoetono yang mahu melihat dirinya memakai hijab.

    Ada satu kisah yang sangat tersentuh, selepas saya pulang umrah, guru mengaji anak saya, Issa tiba-tiba hadiahkan saya hijab.

    Gurunya berkata, ‘saya mahu beri Issa hadiah kerana dia bagus mengaji dan selepas ditanya apa yang dia mahu, dia jawab mahu beli tudung untuk ibu.’

    Terdahulu, penampilan terbaharu Nikita itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata gembira dan mendoakan agar dia sentiasa istiqamah.

    Difahamkan Nikita mula mengenakan pakaian muslimah selepas menunaikan umrah sebelum ini.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Guru Kata Dia Mahu Beli Tudung Untuk Ibu’ – Nikita Willy Sebak Dengar Permintaan Issa, Anak Jadi Asbab Penghijrahan  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah