Pelakon, Datin Intan Najuwa mendakwa menjadi sasaran gangguan seorang individu misteri selain turut menerima mesej berbaur ugutan bunuh.
Artikel Berkaitan: ‘Dua Hari Dekat Paddock, Kenal Bau Dia’ – Petugas F1 Puji Perfume Intan Najuwa, Riena Diana ‘Spill’ Jenis Wangian
Artikel Berkaitan: Private: Intan Najuwa Bidas Dakwaan Wanita Tak Mampu Belanja RM20,000 Tiket Paddock
Dia muncul balik

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan menerusi mesej peribadi hampir setiap hari.
Menurut pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu, individu berkenaan bukan sahaja mengganggunya, malah turut menghantar mesej peribadi dan e-mel kepada rakan-rakannya.
Bukan hanya saya, dia juga menghantar mesej peribadi dan e-mel kepada semua rakan saya.
Sehinggakan dia menghubungi pejabat Kuala Lumpur Polo Club hampir setiap hari hanya untuk mencari saya, mendesak untuk bercakap dengan saya dan mengugut saya dengan pelbagai perkara.
Tambahnya, individu berkenaan yang dipercayai seorang lelaki kembali muncul selepas beberapa bulan mendiamkan diri, namun kali ini dengan meninggalkan komen berunsur ugutan bunuh terhadapnya.
Individu di sebalik akaun palsu ini adalah seorang lelaki. Hari ini, dia kembali tetapi kali ini dengan komen mengancam untuk membunuh saya.
Kepada sesiapa sahaja di sebalik akaun palsu ini, sila hentikan perbuatan ini serta-merta. Saya sudah cukup bersabar dengan gangguan, ugutan dan pencerobohan privasi.
Sila ambil maklum bahawa ugutan bunuh dan gangguan berterusan merupakan perkara serius.
Dalam pada itu, Intan turut menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya gangguan berkenaan berterusan.
Intan berkata, tindakan itu perlu bagi melindungi keselamatan diri, privasi serta keluarganya daripada terus menjadi sasaran individu berkenaan.
Jika saya membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang, anda mungkin berdepan dengan akibat yang serius.
Saya mempunyai hak sepenuhnya untuk melindungi keselamatan, privasi dan keluarga saya. Perkara ini mesti dihentikan.
Sumber: Instagram
The post Intan Najuwa Terima Ugutan Bunuh, Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Saya Dah Cukup Bersabar’ first appeared on OHBULAN!.





