31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Gaji Sebulan Daddy Ni Tau, Daddy Tak Makan Sebab Belikan Korang Telefon’ – Idzham Ismail Buat Kejutan Untuk Anak-Anak

    Shopee Sale

    Pelakon Idzham Ismail berkongsi detik bermakna apabila berjaya membuat kejutan dengan menghadiahkan telefon baharu kepada dua anaknya.

    Artikel Berkaitan: Tiga Hari Tunggu Momen Terindah, Idzham Ismail Sentuh Kaabah Tanpa Halangan – ‘Perasaan Yang Tidak Dapat Diungkap’

    Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Seloroh Nak Cari Isteri Baru Untuk Anak, Netizen ‘Bitter’ – ‘Seronok Hidup Kau, Diri Cukup Elok Tak?

    Idzham buat surprise

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail)

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram memaparkan Idzham bersama anak-anaknya iaitu Idrus dan Nara sedang berada di dalam sebuah kereta.

    Tiba-tiba pelakon drama Wanita Milik Kaiden ini mengeluarkan kotak telefon sebelum memberikan kepada anak-anaknya.

    Idzham mendedahkan bahawa Idrus sudah lama menginginkan telefon sendiri selepas melihat kakaknya memiliki telefon terlebih dahulu.

    Sedih pula tengok muka Idrus kena sakat macam tu. Sebenarnya ni beli telefon untuk Idrus, dia minta dari tahun lepas sebab tengok kakak dia dah ada telefon. Dia pakai telefon dah retak sana sini tu pon telefon lama saya.

    Tapi alang-alang kita bagi nara rasa fair, saya tukar bagi look baru telefon Nara. Idrus kita sakat sikit. Suka betul dia, 20 kali dia terima kasih dekat saya.

    Berseloroh mengenai pengorbanannya, Idzham turut berkongsi bahawa hadiah tersebut adalah daripada hasil gajinya sendiri.

    MENARIK:  Shila Amzah Tak Pernah Rasa Malu Bercerai Dengan Bekas Suami – ‘Demi Kebaikan Saya Dan Seth’

    Dalam pada itu, Idzham sempat berpesan kepada anak-anaknya agar menggunakan telefon tersebut dengan sebaiknya dan belajar bersungguh-sungguh.

    Belajar rajin-rajin. Telefon ni sebulan gaji daddy tau, daddy tak makan sebab belikan korang punya telefon.

    Terdahulu, Idzham memaklumkan perkahwinannya bersama pramugari, Nur Abilah Shamsudin telah terlerai pada November tahun lalu disebabkan tiada lagi persefahaman.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4.

    Sumber: Instagram Idzham Ismail

    The post [VIDEO] ‘Gaji Sebulan Daddy Ni Tau, Daddy Tak Makan Sebab Belikan Korang Telefon’ – Idzham Ismail Buat Kejutan Untuk Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah