Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir menyelar seorang warganet yang kurang senang melihatnya menggunakan loghat negeri Kedah ketika bertutur dengan anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Sindir’ Warna Kulit Anak, Fila Amir Tampil Bersuara – ‘Sorry, Kami Tak Taasub Dengan Kulit Putih’
Loghat Kedah
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fila atau nama lengkapnya Nur Afilah Amir Rusdi membidas komen tersebut dengan mempertahankan dirinya yang merupakan anak jati negeri Kedah.
Menurut Fila, sebagai seorang ibu, tidak menjadi kesalahan untuk mendedahkan anaknya dengan pelbagai bahasa.
Punya pasallah, saya nak cakap bahasa apa pun. Suka hati sayalah! Saya cakap Perancis, Bahasa Inggeris atau Kedah dekat anak.
Kita boleh bercakap pelbagai bahasa, tak menjadi masalah pun. Saya pun dari Kedah, jadi saya akan pastikan dia faham loghat saya.
Pelik betul.
Dalam pada itu, suami kepada Fila iaitu Adama geli hati mendengar komen tersebut dan menegaskan bahawa setiap individu perlu berasa bangga dengan asal usul masing-masing.
Awak kena bangga dengan diri awak dan identiti awak.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyokong kenyataan Fila dan menyatakan bahawa setiap ibu bapa pastinya mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.
Sekadar info, Fila dan Adama selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Fila dan Adama yang berasal dari Guinea, Afrika mendirikan rumah tangga mereka pada 26 April 2019.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Fila Amir Bidas Netizen Pertikai Guna Loghat Kedah Cakap Dengan Anak – ‘Suka Hatilah Nak Cakap Bahasa Apa’ first appeared on OHBULAN!.






