
Pelakon, Fazlina Ahmad Daud mendedahkan watak ‘Halijah’ yang dibawa menerusi drama ‘Rindu Kasih’ meninggalkan kesan yang begitu mendalam buatnya.
Diludah & dimaki
Menerusi sesi podcast ‘Isi Minyak Luu’ yang dikendalikan pelakon Luqman Hafidz, adik kepada primadona Fauziah Ahmad Daud memaklumkan bahawa dia pernah diludah serta dimaki orang awam kerana membawa watak tersebut.
Watak ‘Halijah’ sangat memberi ‘impact’ dalam kehidupan saya sampaikan orang luar bila jumpa dia dah tak nampak diri saya yang sebenarnya.
Pernah ketika pergi isi minyak, saya diludah dan dimaki.
Pernah juga nak tumpang solat tapi ada yang kata, ‘Solat, tapi buat jahat dekat Salina (wakat Ummi Naziera)’.
Bukan itu sahaja, Fazlina mendakwa dia juga pernah menerima ugutan bunuh daripada seseorang yang terlalu geram dengannya.
Sampaikan bila saya tengah ‘shooting’ pun kena ganggu. Bukan itu sahaja, saya pernah dapat ugutan daripada orang yang kata, ‘Kalau jumpa nak bunuh saya’.
Tapi bila jadi perkara seperti itu, saya ‘patahkan’ ia dengan mengatakan yang saya minta maaf dan hanya melakonkan saja watak itu.
Bila kita minta maaf barulah orang macam, ‘Oh baik sebenarnya tak macam dalam drama’.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melabel Fazlina sebagai seorang pelakon yang sangat hebat kerana berjaya membawa watak tersebut sehinggakan penonton membencinya.
Sekadar info, watak ‘Halijah’ yang dilakonkan Azlina merupakan watak seorang ibu mentua yang tidak gemar dengan menantu pilihan anaknya.





