Selebriti, dan pengacara Roslan Shah semakin mencuri perhatian ramai sejak kemunculannya dalam program Night Walk yang diterbitkan MBK Film Studio.
Artikel Berkaitan: Cik B Tak Halang ‘Relationship’ Vida & Roslan Shah – ‘Kalau Mama Suka, Biarlah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Bertegas Tak Mahu Menginap Di Rumah DSV – ‘Saya Tidur Di Hotel, Tak Manis Tidur Sini’
Populariti meningkat

Roslan atau mesra disapa Cik Lan tidak menafikan bahawa popularitinya kini melonjak selepas video-video program tersebut tular sehingga menarik perhatian peminat baharu dari pelbagai lapisan masyarakat.
Saya hanya ada 60,000 pengikut di TikTok sebelum saya muncul dalam video Night Walk bersama MBK Film Studio.
Alhamdulillah, jumlah pengikut saya telah meningkat kepada lebih 236,000 selepas banyak video saya tular dan ramai orang menonton Night Walk bersama artis undangan.
Cik Lan akui bahawa lonjakan popularitinya berlaku selepas dia bekerjasama dengan sahabat baiknya, usahawan dan pempengaruh Mangobossku, yang menjadi tenaga utama di sebalik program berkenaan di saluran YouTube MBK Film Studio.
Nama saya kini dikenali selepas berkolaborasi dengan Mangobossku.
Ramai mula mengikuti saya dan memberikan komen positif setiap kali saya membuat siaran langsung di TikTok.
Tapi, ada juga seorang dua ‘haters’ yang kadang-kadang saya sendiri tertanya, betul ke ada orang suka tengok saya?
Lihat sisi positif

Walaupun tidak terlepas daripada kritikan netizen, Cik Lan memilih untuk mengambil sisi positif selain menghargai orang ramai yang menyokongnya.
Saya terkejut bila orang kata suka tengok telatah saya yang kelakar dan spontan. Ada juga yang mesej yang mengatakan mereka hilang stres bila tengok video saya. Saya rasa sangat hargai dan bersyukur.
Tawaran dalam pengacaraan, undangan nyanyian dan kolaborasi bersama jenama-jenama juga semakin banyak saya terima. Mungkin ini berkat saya menjaga arwah ibu saya dulu.
Sementara itu, Cik Lan meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana lagu terbarunya, Hantu Hantu Hantu, ciptaan Adi 6ixth Sense dan Emma Rockers sebagai penulis lirik mendapat sambutan hangat daripada para pendengar.
Saya bersyukur lagu Hantu Hantu Hantu mendapat tempat di hati pendengar. Ramai yang kata lagu itu kerap dimainkan di stesen radio tempatan dan luar negara.
Saya terkejut bila ada peminat dari Brunei mesej beritahu lagu saya selalu dimainkan di sana. Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah
Roslan juga berterima kasih kepada mereka yang telah membantu perjalanan seninya selama ini, termasuk rakan kolaborasi dan peminat yang terus memberikan semangat.
The post Populariti Melonjak Selepas Program ‘Night Walk’, Roslan Shah Syukur Lagu ‘Hantu Hantu Hantu’ Diterima Ramai first appeared on OHBULAN!.





