
Sejak kebelakangan ini, pelakon Fattah Amin dan Amira Othman sering berkolaborasi bersama menjadi duta bagi beberapa buah produk jenama lokal.
Ada persamaan
Ceh persamaan pon lbih kurang ??? #fattahamin #amiraothman #amiracleforfattah #fattmira #famiracle #irfanharis #fyp
? Berdua Bersama – Jaz
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, mereka bersama adik kepada Amira iaitu Irfan Haris dilihat sedang mempromosikan produk kecantikan.
Aktor berusia 35 tahun itu kemudian mengakui dia dan Amira mempunyai persamaan iaitu mereka sukar untuk mengingati nama serta nombor.
Abang long dengan kak long ini memang ada masalah nak ingat nama dan nombor.
Kejap lagi kalau saya tanya dia, dia akan tanya saya balik.
Manakala Irfan pula tersenyum gembira melihat telatah kakaknya dan Fattah.
Comel, sama-sama gelak. Saya pula yang blushing dekat tengah ini.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat gelagat Fattah dan Amira, selain menyifatkan mereka sebagai pasangan yang serasi.
Bukan itu sahaja, t-shirt yang dipakai oleh mereka turut menyorot perhatian warganet.
Fattah ni memang dari dulu tak berubah, tak alert bab tarikh. Sekali dapat Amira pun saya juga rupanya.
Tak tahu kenapa live tadi Fattah hyper sangat.
Tengok t-shirt yang Amira pakai tu ada nama Fattah Amin, yang Fattah pakai ada nama Amira Othman.
Kak long pakai t-shirt abang long, abang long pula pakai t-shirt kak long. Irfan dekat tengah-tengah tu blushing.





