Pelakon Fasha Sandha menyatakan dia masih menganggap aktres dan usahawan, Nur Fazura, sebagai sahabat, dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Unfollow Sesiapa, Itu Bukan Diri Saya’ – Fasha Sandha
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Minta Netizen ‘Move On’, Kongsi Hukum Hadiri Majlis Kahwin Wajib – ‘Amira & Fattah Melayan Kami Dengan Baik’
Peminat emosi

Ketika ditemui , Fasha, 41, memberitahu mereka masih saling mengikuti di media sosial.
Menurut Fasha, isu yang timbul sebelum ini hanya berpunca daripada tindakan segelintir peminat fanatik yang terlalu beremosi.
Sejujurnya saya tidak mahu cakap lebih sangat sebab takut nanti orang lain salah faham. Apa yang saya katakan, saya masih sahabat dia.
Kami masih mengikuti antara satu sama lain. Mungkin peminat sahaja yang beremosi.
Pada pendapat saya, Fazura mahupun Fattah telah pun move on. Mereka ada kebahagiaan dan kehidupan masing-masing.
Tambah pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, selepas diserang netizen gara-gara menghadiri majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman, dia belum lagi sempat berhubung dengan Fazura.
Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan tidak sempat berhubung antara satu sama lain. Lebih baik kita tunggu masa yang sesuai.
Fasha berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran butik baharu jenama She Dazzle, pada petang Sabtu.
Peminat doakan yang terbaik

Ditanya mengenai kesan yang dirasai, isteri kepada aktor Aidil Aziz memilih untuk tidak mengulas lanjut, sebaliknya mahu menjalani kehidupan dengan harmoni.
Dalam pada itu, Fasha memohon agar semua peminat mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah.
Eloklah kalau peminat doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Doakan keluarga mereka harmoni sahaja. Itu adalah lebih baik. Janganlah buat penilaian yang bukan-bukan.
Sebab kadang-kadang disebabkan itu, ia boleh membuatkan orang yang tiada masalah, tiba-tiba bermasalah. Sebaiknya doakan yang baik-baik.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila Fasha didakwa tidak lagi mengikuti akaun Instagram Fazura, selepas perkara itu disedari oleh seorang pengguna di aplikasi Threads.
Pendedahan tersebut pantas mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, memandangkan kedua-duanya sebelum ini dikenali sebagai sahabat rapat.
Sebelum ini, Fasha pernah mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa ugutan daripada peminat Fazura yang didakwa tidak berpuas hati dengan kehadirannya ke majlis perkahwinan Fattah dan Amira.
The post [VIDEO] Fasha Sandha Masih Sahabat Fazura, Anggap Peminat Fanatik Terlebih Emosi – ‘Doakan Keluarga Mereka Harmoni’ first appeared on OHBULAN!.





