Penyanyi meningkat naik dari Indonesia, Fajar Noor tidak gemar dengan wanita yang tidak menepati masa, kerana baginya sikap itu mencerminkan kurangnya rasa hormat dan disiplin diri.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Semakin Terbuka Nyanyi Karya Komposer Lain
Tak ‘on time’

Mengakui sedang bergembira dengan status solo, Fajar atau nama lengkap Fajar Nurdiansyah, 21, berkata, dia tertarik dengan wanita yang memiliki sifat lemah lembut.
Untuk status saya masih solo, sedang menikmati fasa menjalani kehidupan sendirian. Tapi kalau tanya ciri-ciri wanita, saya suka yang baik dan lemah lembut.
Namun wanita yang ‘red flag’ atau buat saya tidak suka adalah wanita yang tidak ‘on time’ (menepati masa).
Fajar berkata demikian usai menjadi tetamu podcast Show Dalam Bilik yang bakal disiarkan di saluran YouTube .
Dalam pada itu, naib juara Indonesia Idol 2025 turut berterima kasih dengan sambutan hebat yang diberikan peminat di Malaysia.
Saya sangat gembira diterima baik oleh rakyat Malaysia. Untuk kalian semua teruskan menyokong karya saya dan dengar lagu terbaharu saya.
Saya juga memasang impian untuk adakan showcase di Malaysia jika diberikan keizinan dan kesempatan. Semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Disoal impian untuk bekerjasama dengan penyanyi tempatan, Fajar menyebut tiga nama figura hebat.
Saya teringin sangat untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan Hael Husaini.
Mereka bertiga saya lihat macam sepadan jika berduet dengan saya selain nama mereka yang cukup besar dan sangat dikenali.
The post [VIDEO] Fajar Noor Masih Solo, ‘Red Flag’ Dengan Wanita Tidak Tepati Masa first appeared on OHBULAN!.





