
Ketika ini negara sedang mengalami musim banjir yang teruk terutama di negeri Kelantan. Susulan itu, ramai pempengaruh dan usahawan turun padang untuk menghulurkan bantuan.
Ringankan beban mangsa
Dan selesai, terima kasih November untuk segala ceritanya.
? original sound – El Azman – El Azman
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengasas baju Melayu jenama Elrah Exclusive, El Azman turut ke negeri pantai timur itu membantu meringankan beban mangsa banjir.
Berdasarkan tinjauan , El atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman telah ke salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di Tanah Merah.
Usahawan berusia 36 tahun itu bersama pasukannya menyediakan dan mengagihkan makanan serta menghulurkan sampul wang kepada mangsa.
Paling menyayat hati adalah ketika El membantu seorang warga emas untuk masuk ke dalam ambulans.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha El yang bersusah payah demi menghantar bantuan.
Dalam masa yang sama, mereka juga menyatakan sokongan penuh terhadap Elrah dan akan menyokong pakaian keluaran jenama tersebut.
Patutlah murah rezeki, bila berjaya tak lupakan orang bawah. Raya nanti memang Elrah pilihan kami, nak balas balik jasa abang.
Terima kasih El, tolong rakyat Kelantan, hanya Allah membalasnya. Semoga dimurahkan rezeki.
Jatuh air mata saya tengok pak cik tu makan sambil berdiri. Semoga dipermudahkan segala urusan.





