Debaran semakin memuncak menjelang final Piala Dunia 2026 apabila dua kuasa besar bola sepak dunia, Sepanyol dan Argentina bakal berentap bagi memburu gelaran paling berprestij awal pagi Isnin ini.
Artikel Berkaitan: FIFA Nafi Memihak Argentina, Pertahan Integriti Pengadilan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Kongsi Peraturan Pelik Piala Dunia – ‘Botol Air Boleh Bawa Masuk, Penutup Tak Boleh’
Tempat tayangan skrin besar

Tahun ini, beberapa lokasi ikonik di seluruh negara telah berubah menjadi ‘stadium mini’ dengan pemasangan skrin gergasi.
Berikut adalah 7 lokasi pilihan yang menjanjikan pengalaman luar biasa buat anda:
1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tiada tempat yang lebih ikonik daripada padang bersejarah ini. Orang ramai berpeluang hadir beramai-ramai untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir dalam suasana penuh kemeriahan, sambil bersama-sama merasai debaran dan kehangatan aksi penentuan juara dunia.
Kemasukan adalah percuma!
2. KL Festival Park, Jalan Hang Tuah

Bagi mereka yang gemar menikmati juadah sambil menyaksikan perlawanan, lokasi ini menawarkan pengalaman yang lebih meriah dengan tayangan skrin besar serta pelbagai gerai makanan dan minuman yang disediakan sepanjang acara.
3. Unifi Arena, Bukit Jalil

Tayangan tertutup dengan skrin LED besar ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan. Difahamkan, pelbagai acara yang menarik disediakan selain gerai makanan disediakan di luar stadium.
Orang ramai boleh mendaftar melalui google form sebelum menghadiri tempat itu.
4. IKEA Damansara

Tidak ketinggalan, IKEA Damansara turut menyediakan tayangan skrin besar untuk perlawanan akhir piala dunia pada kali ini.
Orang ramai boleh mendapatkan makanan di IKEA Café selain menikmati kopi percuma yang ditawarkan kepada para pengunjung.
5. The Paddock, Petaling Jaya

Bertempat di X-Park Sunway Serene, The Paddock PJ menjadi antara lokasi pilihan untuk menyaksikan aksi final dalam suasana santai dan terbuka menerusi tayangan skrin gergasi.
Lebih menarik, 300 pengunjung terawal akan menerima baucar bernilai RM20 selain berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif dan bertemu sendiri dengan legenda bola sepak tempatan yang dijemput khas memeriahkan acara.
6. JioSpace, Petaling Jaya

Sekiranya tidak mahu menonton di area Kuala Lumpur, boleh menuju ke JioSpace, Petaling Jaya yang dianjurkan oleh BJAK Malaysia.
Bukan hanya menampilkan tayangan skrin besar, tapi mereka juga menyediakan pelbagai mini game, makanan ringan, minuman serta hadiah dan barangan eksklusif untuk para pengunjung.
Penyertaan adalah percuma namun tempat adalah terhad dan pendaftaran awal menerusi google form diwajibkan.
7. Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam

Restoran Hakim di Seksyen 7 turut menjadi antara lokasi tumpuan penggemar bola sepak untuk menyaksikan perlawanan.
Dengan suasana yang meriah serta sokongan daripada para penyokong, lokasi ini dijangka menjadi pilihan popular bagi mereka yang mahu menikmati aksi final bersama rakan-rakan sambil menjamu selera.
The post Ini 7 Lokasi Skrin Gergasi Paling Meriah Untuk Tonton Final Piala Dunia 2026 first appeared on OHBULAN!.





