27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KBS seru syarikat swasta, korporat bantu program akar umbi bola sepak

    Shopee Sale

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat swasta dan badan korporat membantu dalam bentuk dana bagi menjayakan program dirancang untuk pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi di negara ini.

    Menterinya, Taufiq Johari berkata, buat masa ini kerajaan hanya menyediakan peruntukan RM18 juta bagi Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP), merangkumi perbelanjaan teknikal dan penganjuran liga.

    "Dana yang kita peruntukan ini adalah untuk mewujudkan ekosistem yang lebih baik, itu dulu (paling utama).

    "Berkaitan pembangunan bola sepak sehingga ke peringkat Piala Dunia dan sebagainya, sudah pasti ini adalah satu langkah penting ke arah itu.

    "Untuk memastikan kita ke arah itu, sudah pasti untuk ke sana (Piala Dunia) kita memerlukan dana yang lebih bagi pembangunan dan sebagainya.

    "Sebab itu saya menyeru kepada pihak swasta, badan korporat untuk bersama-sama membantu kita dalam program yang kita ada," katanya ketika ditemui media di Kuantan, Pahang, hari ini.

    Terdahulu, dia merasmikan Liga Remaja Kebangsaan di Akademi Bola sepak Mokhtar Dahari, dekat Gambang.

    Hadir sama Timbalan Menteri Ekonomi, Mohd Shahar Abdullah dan Pengarah Teknikal NFDP, Ong Kim Swee.

    MENARIK:  PM Kemboja setuju cadangan gencatan senjata oleh Anwar

    Sebanyak 34 pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian dalam liga berkenaan yang bermula awal bulan ini hingga Nov depan.

    Taufiq dalam pada itu menjelaskan, fokus utama KBS ketika ini adalah NFDP dengan memberi tumpuan aspek teknikal, sains sukan dan kejurulatihan.

    Katanya, KBS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) memantau program itu bagi memastikan setiap pelaksanaan program itu berjalan dengan sebaik mungkin.

    "FAM akan menjaga bahagian teknikal, KBS melalui MSN akan memantau semua program yang dilaksanakan menerusi NFDP.

    "Jumlah (peruntukan) ini untuk NFDP lahirkan dan cungkil bakat-bakat baru, sebab yang paling penting bukan hanya bakat dan atlet, bukan saja komitmen dan disiplin mereka, tetapi bagaimana kita menyediakan platform dan medium untuk pemain itu ke arah yang lebih baik.

    "Jadi, fokus kita adalah menyediakan sebuah sistem dan ekosistem yang baik dan dalam masa yang sama mencungkil bakat yang lebih ramai," jelasnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah