Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun serta tujuh sebatan terhadap seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lagu Tradisional Nafi Terlibat Kes Amang Se*sual Pelakon Cilik – ‘Itu Fitnah’
Artikel Berkaitan: Caprice Dedah Penyanyi Lelaki Didakwa Buat ‘Sexual Grooming’ Terhadap Pelakon Cilik, Cium Hujung Bibir, Pipi & Dahi?
Didapati bersalah

Memetik Harian Metro, doktor itu didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu empat tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas mahkamah mendapati hujah yang dikemukakan pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dibawa oleh pihak pendakwaan.
Berdasarkan enam pertuduhan yang dihadapi, Dr Mohd Syafwan Mohd Soffian, 42, didakwa melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki di dalam bilik kliniknya yang terletak di sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu dalam tempoh antara 25 September hingga 10 April 2023.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh pada 9 Oktober 2023 didakwa melakukan amang seksual seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi sama kira-kira jam 8 malam.
Kes itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, satu sebatan bagi setiap pertuduhan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun terhadap tertuduh bagi enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Manakala, untuk pertuduhan terakhir di bawah akta yang sama, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun, satu sebatan serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.
Sumber: Harian Metro
The post Doktor Pakar Dipenjara 7 Tahun & 7 Sebatan, Didapati Bersalah Lakukan Amang Se*sual Terhadap Pesakit Kanak-Kanak first appeared on OHBULAN!.





