27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nadia Annuar Nekad Bawa Anak Tinggal Bersama Selepas Didakwa Jadi Punca Tiga Pembantu Rumah Berhenti

    Shopee Sale

    Pengacara, Nadia Annuar mengambil keputusan untuk membawa pulang semula anaknya daripada bekas suaminya dan kembali ke pangkuannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Boleh Tak Jadi Ibu Bapa Yang Rasional Walaupun Dah Berpisah? Fikir Kebajikan Anak Sahaja Cukup’ – Nadia Annuar

    Artikel Berkaitan: ‘Satu Malaysia Tahu Cerita Celah Kain, Malu Oi!’- Nadia Annuar Tegur Pasangan Cerai Jangan Jaja Aib Di Media Sosial

    Anak-anak

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nadia Shahrul Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas pihak tertentu mendakwa anaknya menjadi punca tiga pembantu rumah berhenti kerja kononnya disebabkan sikap degil kanak-kanak tersebut.

    Jelasnya, dia akan berusaha membawa anaknya kembali tinggal bersamanya walau apa pun yang terjadi.

    Saya dah buat keputusan.

    Saya akan bawa anak perempuan saya tinggal bersama saya. Apa pun yang terjadi, saya akan usahakan.

    Apa yang betul-betul menghairankan saya ialah mereka menyalahkan seorang budak perempuan berusia 9 tahun kerana dikatakan menjadi punca tiga orang pembantu rumah berhenti kerja hanya kerana dia degil, tak suka mandi, kadang-kadang enggan gosok gigi dan susah dikejutkan untuk pergi ke sekolah.

    Kata Nadia, sebelum ini dia mempunyai seorang pembantu rumah yang telah berkhidmat dengannya selama bertahun-tahun tanpa sebarang masalah.

    MENARIK:  ‘Ini Bukan Putus Sahabat, Tapi Putus Adik- Beradik’ – Enot

    Bagaimanapun, Nadia berkata perkara itu berlaku selepas pembantu rumah tersebut dihalau keluar oleh pihak berkenaan.

    Dia baru berusia 9 tahun. Dan semua perkara ini hanya berlaku dalam tempoh 2 hinga 3 bulan kebelakangan ini.

    Sebelum ini, seorang pembantu rumah boleh tinggal bersama kami selama 9 tahun tanpa sebarang masalah.

    Tapi selepas kahwin baru, pembantu rumah lama dihalau keluar… tiba-tiba anak saya pula yang dipersalahkan?

    Sumber: Threads

    The post Nadia Annuar Nekad Bawa Anak Tinggal Bersama Selepas Didakwa Jadi Punca Tiga Pembantu Rumah Berhenti first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah