Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila akaun TikTok perniagaan miliknya kini telah disekat selama lima tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Aliff Syukri Runding Harga Di Mekah, Netizen Ikut Terhibur – ‘Bila Peniaga Beli Dengan Peniaga’
Artikel Berkaitan: Shahida Nafi Akaun TikTok Aliff Syukri Kena Sekat Kerana ‘Live Recorded’
Sedih
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata akaun tersebut yang mempunyai 3.1 juta pengikut kini disekat daripada melakukan siaran langsung (live) sekali gus tidak dapat menggunakan ciri beg kuning.
Sekatan itu memaksa Aliff membuka akaun TikTok baharu bagi membolehkannya kembali melakukan live untuk menjual produk perniagaannya.
Saya sedih sangat sebab saya punya live dekat akaun tiktok kena banned dah seminggu.
Bukan tiga hari, bukan seminggu tapi lima tahun.
Saya cuba bangkit balik guna akaun baru.
Terdahulu, media sosial kecoh apabila akaun TikTok milik Aliff dilaporkan disekat sehingga tidak lagi boleh melakukan live.
Isterinya, Datin Seri Shahida menafikan dakwaan akaun TikTok milik suaminya disekat kerana melakukan siaran langsung menggunakan rakaman (recording).
Shahida mengesahkan bahawa akaun tersebut disekat selepas anaknya, Yusof Al Qardawi yang masih di bawah umur muncul dalam siaran langsung berkenaan.
Sumber: Instagram
The post Aliff Syukri Sedih Akaun TikTok Disekat, Tak Boleh ‘Live’ Selama 5 Tahun – ‘Saya Cuba Bangkit…’ first appeared on OHBULAN!.





