29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Yang Meninggal Itu Ayah Aku’ – Wanita Terkilan Dakwa Ahli Kariah Masjid Guna Mikrofon Minta Berdiri Jauh Dari Kubur

    Shopee Sale

    Seorang wanita meluahkan rasa terkilan dengan layanan yang diterimanya ketika menghadiri pengebumian arwah bapanya di sebuah tanah perkuburan, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Vidi Aldiano Meninggal Dunia Akibat Kanser

    Diminta jauhkan diri

    Menerusi hantaran di Threads, wanita itu mendakwa, dia diminta menjauhkan diri dari kawasan kubur hanya kerana dirinya seorang wanita.

    Ahli kariah masjid cakap yang perempuan jangan dekat dengan kawasan kubur. Saya beritahu itu ayah saya, tapi dia tetap suruh perempuan duduk jauh-jauh dan tak boleh bercampur lelaki dan perempuan di situ.

    Wanita tersebut berkata dia akur dengan arahan berkenaan dan berundur sehingga berdiri di simpang jalan.

    Bagaimanapun, situasi itu menjadi lebih memalukan apabila individu sama sekali lagi memberi arahan menggunakan mikrofon dan menjerit supaya golongan wanita menjauhkan diri.

    Kali ini dia guna mikrofon dan menjerit, ‘yang perempuan tu pergi jauh-jauh!’.

    Melalui perkongsian sama, wanita itu meluahkan rasa kecewa kerana merasakan dirinya seolah-olah diperlakukan tidak wajar sedangkan individu yang dikebumikan merupakan bapanya sendiri.

    MENARIK:  Pihak Peguam Akan Screenshot Semua Bukti Berunsur Fitnah, Lucah & Maki Walaupun Telah Dihapus

    Dia turut menegaskan bahawa dia bersama ahli keluarga lain berada kira-kira 30 meter dari kubur, namun masih diminta untuk menjauhkan diri.

    Malah, wanita itu menjelaskan bahawa tiada sesiapa dalam kalangan mereka yang meratap atau membuat sebarang perkara yang tidak sopan sepanjang pengebumian tersebut.

    Saya berdiri lebih kurang 30 meter dari kubur, tapi kami masih disuruh pergi lebih jauh menggunakan mikrofon. Tidak, saya tidak menangis teresak-esak atau meratap. Semua yang ada di kubur berpakaian sopan.

    Tambahnya lagi, ini bukanlah pengebumian pertama yang pernah dihadirinya dan dia tidak pernah melihat ahli keluarga terdekat diminta berada terlalu jauh dari kawasan kubur.

    Wanita itu hanya mengharapkan sedikit empati daripada mereka yang berada di situ memandangkan saat itu merupakan detik sukar buat dirinya dan keluarga.

    Sumber: Threads

    The post ‘Yang Meninggal Itu Ayah Aku’ – Wanita Terkilan Dakwa Ahli Kariah Masjid Guna Mikrofon Minta Berdiri Jauh Dari Kubur first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah