Usahawan dan bekas isteri pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim, mengakui enggan menerima pinangan mana-mana lelaki kerana menganggap dirinya sudah berusia.
Artikel Berkaitan: ‘Maryam Pilih Sendiri Hadiah Untuk Adik-Adik Dia’ – Mawar Karim
Artikel Berkaitan: Mawar Karim Jawab Teguran Netizen Dakwa Tak Ajar Anak Perempuan Solat – ‘Dia Memang Suka Menyanyi & Menari’
Dah tak nak kahwin?
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Mawar Abdul Karim, 36, dilihat menjawab soalan netizen berkenaan syarat-syarat untuk menjadi pasangan hidupnya.
Jangan lah, saya sudah tua, kubur pun dah panggil.
Tak payah masuk minang.
Dalam pada itu, Mawar turut berkongsi impiannya dahulu yang mahu mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun.
Dulu cita-cita nak kahwin umur 30 tahun.
Rupanya saya bercerai umur 30. Rasa kelakar lah, tapi semua ini perancangan Allah.
Pengalaman itu menjadikan siapa saya hari ini.
Anak pinjaman Allah

Berkongsi lebih lanjut, Mawar menjelaskan bahawa puteri tunggalnya, Wan Maryam, adalah satu pinjaman yang amat berharga daripada Allah.
Alhamdulillah, Maryam adalah harta yang dipinjamkan. Bukan milik saya sepenuhnya.
Anak ini bagi saya adalah amanah. Dulu saya kata Maryam itu saya punya.
Tapi bila muhasabah diri, semua ini hanya pinjaman.
Hargai dan nikmati apa yang ada depan mata sebelum Allah tarik.
Sekadar info, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: TikTok @mawarkarim
The post [VIDEO] ‘Dulu Cita-Cita Nak Kahwin Umur 30, Rupanya Usia Tu Saya Bercerai’ – Mawar Karim first appeared on OHBULAN!.






