Isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong bersyukur atas dua tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dikhianat’ – Shikin Maembong Menangis Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cat Farish Buat Kejutan Untuk Shikin Maembong, Hadiahkan Kedai Untuk Cekopis – ‘Ini Je Yang Saya Mampu Untuk Bahagiakan Awak’
‘Terima kasih sentiasa ada’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shikin mengucapkan terima kasih pada Cat Farish kerana telah menjadi figura seorang suami yang sempurna.
Tambah Shikin, perkahwinan dua tahun itu mengajarnya menjadi seorang isteri yang lebih baik.
Terima kasih sebab muncul dalam hidup dan ubah semuanya. Daripada sunyi, jadi penuh warna.
Daripada kosong, jadi ada cinta. Awak bawa tawa, bahagia dan tenang yang saya cari selama ini.
Terima kasih sebab sentiasa ada, waktu saya kuat, waktu saya rapuh. Waktu kita susah, awak tetap genggam tangan saya erat. Dengan awak, saya belajar jadi isteri yang sempurna. Awak ajar saya jadi manja semula, jadi penyayang, jadi diri sendiri.
Dalam pada itu, Shikin menitipkan doa buat perkahwinannya sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikurniakan zuriat.
Semoga bahagia selalu




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikongsi kakak kepada pelakon Emma Maembong itu. Selain itu, warganet turut mendoakan Shikin dan Cat Farish berkekalan hingga syurga.
Sumber: TikTok @shikinmaembong
The post [VIDEO] Dua Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Shikin Maembong Syukur Cat Farish Sebagai Suami – ‘Saya Belajar Jadi Isteri Sempurna’ first appeared on OHBULAN!.




@Cat Farish 13/7/23 Abi… Terima kasih sebab muncul dalam hidup I dan ubah semuanya. Daripada sunyi, jadi penuh warna. Daripada kosong, jadi ada cinta. U bawa tawa, bahagia, dan tenang yang I cari selama ni. Terima kasih sebab sentiasa ada, waktu I kuat, waktu I rapuh. Waktu kita susah, U tetap genggam tangan I erat. Kita belajar sama-sama. Dengan abi, i belajar jadi isteri yang sempurna, Abi ajar i jadi manja semula, jadi penyayang, jadi diri I yang sebenar. Terima kasih sebab sayang I tanpa syarat, gurau manja hari-hari. U buat i rasa diri cukup sempurna pada pandangan mata yang buat I yakin dengan kekurangan i. Semoga Allah terus limpahkan rezeki pada kita sekeluarga, semoga dikurniakan rezeki zuriat
I nak tua dengan U, Makan ubat sama-sama, pakai baju couple sama-sama sambil jalan pimpin tangan sampai tua..
Happy 2nd Anniversary, Abi. I love U sampai syurga. Dunia & akhirat. 
Your lovely wife, #2YearsOfUs #catfarish #shikinmaembong #catkin #fyp #f#fypシ #SecondChapterOfLove#TwoYearsStronger #ForeverWithYou #twoyearswithmyfavoriteperson #farishikin #anniversary #2ndweddinganniversary 

