Pelakon dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa lega selepas berjaya melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya yang sebelum ini dibelenggu tekanan emosi dan mental.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Duduk Seorang Di Rumah Tu Sepanjang Proses Cerai, Tapi Tunggakan 3 Bulan Aku Yang Kena Bayar RM20,000’ – Syida Melvin
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Rezeki Anak-Anak Merasa Duduk Di Rumah Sendiri’ – Syida Melvin
Jumpa diri yang dulu
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu menggambarkan fasa kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas berjaya melepaskan diri daripada persekitaran yang toksik.
Bersyukur kerana berjaya melepasi fasa sukar tersebut, Syida mengakui telah menemui kembali dirinya yang dahulu.
Rupanya macam ni rasa hidup bila dah bebas daripada sosok yang hancurkan mental dan emosi.
Akhirnya, saya jumpa semula diri saya yang dulu.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada Syida.
Segelintir netizen turut menitipkan doa agar Syida dan anak-anaknya dikurniakan kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan.
Terdahulu, rumah tangga Syida dan bekas suaminya, Syafiq Azim akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post ‘Macam Ni Rasa Hidup Bila Bebas Daripada Sosok Yang Hancurkan Mental & Emosi’ – Syida Melvin first appeared on OHBULAN!.





