Pelakon, Fazura berkongsi detik istimewa sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.
Artikel Berkaitan: Que Haidar Kongsi Foto Dengan Fazura, Cincin Di Jari Curi Perhatian
Artikel Berkaitan: Fazura Dikejarkan Ke Hospital, Empat Hari Demam & Muntah
Permata hati mommy

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin memaklumkan bahawa Fatima diraikan menerusi sambutan kecil bersama rakan-rakan dan guru di sekolah sebelum menerima kejutan istimewa daripada keluarga di rumah.
Sebelum Oktober berakhir, ini beberapa kenangan sambutan hari jadi Fatima yang keenam secara sederhana bersama rakan-rakan dan guru di sekolah, kejutan istimewa daripada Papa Faiz tersayang, Mama Asmah serta sepupu-sepupu kesayangannya di rumah mereka.
Dalam perkongsian sama, Fazura memohon maaf kerana tidak sihat ketika sambutan hari jadi Fatima, namun bersyukur anaknya tetap dikelilingi dengan kasih sayang.
Pelakon filem Bicara Hati itu turut menitipkan pesanan agar Fatima sentiasa bersyukur dan berbuat baik, selain meluahkan rasa kasihnya terhadap anak tersayang.
Maafkan mommy kerana tidak sihat, sayang. Tapi, percayalah bahawa kamu sangat disayangi oleh keluarga, rakan-rakan serta mak cik dan pak cik ‘online’. Masya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah.
Sentiasa bersyukur, cantik dan baik hati, anak perempuan kesayangan mommy. Mommy menyayangi kamu lebih daripada yang kamu tahu.
Permata hati mommy, Nur Fatima Aisya.
Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020.
Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.
Sumber: Threads
The post Fazura Titip Pesanan Istimewa Buat Fatima Sempena Hari Jadi Ke-6 – ‘Mommy Sayang Kamu’ first appeared on OHBULAN!.





