30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Nak Bagi Banglo, Tanah 10 Ekar & Elaun RM50K Sebulan’ – Amy Nur Tinie Dedah Ditawar Jadi Isteri Ketiga VVIP

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Amy Nur Tinie mendedahkan pernah ditawar untuk menjadi isteri ketiga seorang lelaki berpangkat VVIP.

    Ditawar jadi isteri ketiga

    Menerusi podcast Sembang Seram, pemilik nama Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 29, mendakwa lelaki yang sudah lanjut usia itu menawarkannya pelbagai kemewahan sekiranya dia bersetuju untuk menjadi isteri ketiga.

    Ada seorang VVIP ni offer aku jadi bini nombor tiga. Tapi dia akan bagi aku banglo sebiji, tanah 10 ekar, kereta sebiji, elaun sebulan 50K.

    Ujar Tinie, meskipun tawaran tersebut mungkin dianggap ‘jalan pintas’ bagi sesetengah orang untuk hidup dalam kemewahan, namun dia mempunyai pendirian untuk mencari sumber pendapatan sendiri.

    Kalau aku fikir aku nak duit senang weh, memang boleh sangat-sangat. Tapi aku lagi selesa guna jalan sebenar. 

    Jadi biarlah aku guna tulang empat kerat aku support keluarga. Biarlah aku bagi duit dengan cara yang betul dekat keluarga.

    Sementara itu, Tinie sempat menyatakan bahawa dia mementingkan keserasian dan rupa paras dalam memilih pasangan bukan kemewahan semata-mata.

    Aku nak bangun pagi bukan tengok duit dia dulu, aku bangun pagi tengok muka dia dulu. Ini kalau dah rupa atuk-atuk, tak nak aku.

    Sumber: TikTok Sembang Seram

    MENARIK:  Aisar Khaled Agih Makanan & Imamkan Solat Jemaah Bersama Banduan Di Indonesia

    The post [VIDEO] ‘Dia Nak Bagi Banglo, Tanah 10 Ekar & Elaun RM50K Sebulan’ – Amy Nur Tinie Dedah Ditawar Jadi Isteri Ketiga VVIP first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah