Usahawan sensasi, Kak KM, tampil bersuara berhubung isu seorang selebriti yang dikatakan memutuskan tali pertunangan hanya kerana soal kewangan.
‘Bukan mata duitan tapi gila harta’
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM secara terbuka menegur tindakan tersebut yang disifatkan sebagai tidak wajar dan terlalu mementingkan wang ringgit dalam sebuah perhubungan.
Kalau kau tiba-tiba nak putus tunang sebab RM500, bukan mata duitan lagi dah tapi gila harta.
Kau kena ingat, kalau dalam bank dia ada RM500 juta pun, kalau bukan untuk kau, dia tetap bukan milik kau.
Duit dia adalah duit dia, kau belum kahwin pun.
Kak KM turut mempertikaikan tindakan memalukan dan membuka aib pasangan hanya kerana isu kewangan, sedangkan dalam tempoh perkenalan itulah sepatutnya mereka belajar untuk menerima kekurangan masing-masing.
Dia hina lelaki tu ya? Bagus putus tunang.
Sepatutnya dalam tempoh berkawan tu, kau terima seadanya pasangan kau tu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen sependapat dengan pandangan usahawan tersebut bahawa asas sesebuah perhubungan tidak seharusnya hanya berlandaskan wang semata-mata.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Putus Tunang Sebab RM500, Bukan Mata Duitan Tapi Gila Harta’ first appeared on OHBULAN!.





