
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 tahun.
Hargai Adira
Allhamdullilah hanya Allah la percaturan terbaik.tq peng asbabnya @Adira Suhaimi mnhabiskan wang,tenaga dan usaha tuk mnjayakn hari kelahiran sya.untuk adira sya dh x de kata2 tuk awak.kegembiraan sya dpt kumpulkn 10 ank2 sya dan berjumpa ngan adik beradik sya nikmat yg lama sya impikan.beebeza ngan thn lepas hanya sya seorang di dlm kereta.dan tak lupa sahabat2 sya d tiktok yg tak henti2 ucapkn swlamat ulang tahun.sya beedoa d akhirat nanti kita berjumpa.dan akhir sekli buat adira.andai kita tak ada jodoh n usia saya singkat.sya doakn awak bahgia dan beejaya dgn anak2 ?????
? original sound – bigboss – bigboss
Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu meluahkan rasa terharu terhadap Adira yang bersungguh-sungguh membuat persediaan sempena ulang tahun kelahirannya.
Terima kasih Adira menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.
Untuk Adira, saya sudah tiada kata-kata untuk awak.
Menurut Datuk Red, dia tidak menyangka dapat meraikan hari istimewa itu bersama kesemua cahaya matanya.
Saya gembira dapat kumpulkan 10 orang anak-anak saya dan berjumpa dengan adik beradik saya. Ia adalah nikmat yang lama saya impikan.
Buat Adira, andai kita tidak ada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya dengan anak-anak.
Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan ucapan Datuk Red kepada bekas isterinya itu. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan kesejahteraan Datuk Red.
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira dengan talak satu pada 23 April 2024.
Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.





